Search This Blog

Saturday 10 October 2015

Sambungan bab 1...


Mungkin menjadi kebiasaan bagi keluarga pak tih , dimana setiap hujung keluarga mereka akan bergotong-royong membersihkan rumah. Sedikit demi sedikit aku mempelajari peraturan di rumah itu. Memandangkan aku yang tak berapa nak sihat ni, jadi aku dikecualikan dari menyapu rumah pada pagi itu. Aku hanya memperdiamkan diri degan melayan fikiranku disamping dihayun dengan sebuah buaian di ruang lobbi rumah. Masih lagi fikiranku mepersoalkan tentang perkara yang berlaku kepada diriku sekarang.
"haishh.. pahal la aku kat sini.. aku nak balik rumah"
Perkataan itu acapkali berlegar-legar di hati dan fikiran ku. Bunyi kenderaan pak tih yang baru memasuki halaman rumah telah membuatkan aku berhenti berfikir tentang semua itu. Sudah menjadi kebiasaan bagi pak tih yang akan membeli sarapan iaitu roti canai dari warung di kampung sebelah pada setiap hujung minggu dan senaskah surat khabar Berita Harian pada setiap hari. Selang beberapa minit, aku pun dijemput sarapan bersama di dapur.
" Arghhh... Segan " aku menjeritnya dalam hati
 Mungkin hanya tuhan sahaja yang tahu bahawa tahap keseganan ku itu di tahap mana.  Aku hanya mengambil beberapa senduk nasi goreng dan terus menjamahnya. Aku juga turut dipelawa  oleh anak-anaknya untuk menambah hidangan dan mengambil kuih-muih yang terhidang di atas meja. Namun, aku menolak baik pelawaan mereka dengan mengatakan aku sudah kenyang walaupun pada hakikatnya peritku tidaklah begitu kenyang. Setelah bersarapan, aku ke ruang belajar untuk membaca surat khabar yang dibeli pak tih seketika tadi.
" Man. Ko semua barang sekolah ko ibu dah beli dah?" kata pak tih
"Aaa..Belum"  jawabku.
" Tengahari nanti siap-siap, pastu pergi beli kat pekan masjid tanah tu nanti"
Yup..  bukan ibu yang tak nak beli barang sekolahku, tapi aku je yang berkeras kepala. Aku beranggapan mungkin dengan tidak membeli barang sekolah lagi, jadi aku tidak akan dihantar ke sini. Jadi setiap kali ibu mengajak aku untuk membeli barang sekolah, beribu alasan akan keluar dari mulutku. Hmm.. aku terpaksa acah-acah membaca surat khabar pada pagi itu kerana aku tak tahu apa yang hendak aku lakukan pada pagi tu walaupun aku sebenarnya tidak berapa gemar membaca surat khabar. Kendengaran lagu-lagu lama yang diputarkan oleh pengacara radio 'Klasik FM'.

12.30 tengahari
Seperti yang dirancang, aku dan pak tih ke pekan masjid tanah untuk membeli keperluan persekolahan ku. Sepasang kasut, 3 helai baju dan seluar dan 3 pasang setokin serta beg sekolah. Hampir rm100++ juga atih membelanjakannya untuk membeli keperluan ku itu. Terasa juga kadang aku macam menyusahkan keluarga atih je. Entahlah . fikiran ku kini seakan-akan bercelaru seketika. Kadang-kadang rasa macam seronok juga bila berada di sini malah kadang-kadang tidak. Waktu semakin menghampiri waktu petang. Petang itu, aku diajak untuk beriadah bersama-sama anak-anaknya.


 Dengan mempunyai halaman yang luas, dan dihiasi dengan kehijauan tumbuh-tumbuhan, dilantaikan dengan rumput yang kemas seakan berada di stadium dan turut di pagari oleh beberapa pokok kelapa yang tersusun mengelilingi padang. Perasaan 'awkward' ku sudah semakin berkurang. Petang tu aku berasa sangat galak bermain bola sepak. Petang semakin melabuhkan tirainya, terdengar suara dari arah rumah limas,
"Dah. Dah. Berhenti main tu. Dah nak maghrib dah"

Atih berteriak sambil menutup tingkap rumah limas. Mungkin memang menjadi rutin setiap kali pada pukul 6.30 ptg , atih akan menutup semua tingkap-tingkap rumahnya. Aku cuba mempelajari rutin harian dan peraturan rumah ini sedikit demi sedikit. Turut menjadi kebiasaan juga, selepas menunaikan solat maghrib, aku dan anak-anaknya akan belajar atau mengulangkaji pelajaran sehingga pada pukul 10.00 malam.

6.30 pagi ahad
Atih menyuruh aku bersiap memakai pakaian sekolah kerana pada hari ini akan diadakan pendaftaran pelajar tingkatan 1 DI Sekolah Menengah Lubok China. Sebelum ke sekolah, atih membawa ku pergi sarapan di sebuah kedai mamak yang berhampiran. Setiap pelajar yang lalu di restoran tersebut menegur atih.
" Assalamualaikum cikgu. Tu anak cikgu eh" sambil menunjukkan jarinya ke arahku.
"Tak la. Tu anak buah saya" balas atih.
Setelah makan. Kami bertolak ke sekolah yang tidak jauh jaraknya dari rumah atih. Setelah menyelesaikan semua urusan pendaftaran. Aku ditempatkan di kelas pertama. Seperti biasa , hari pertama persekolahan, aku berkenalan dengan beberapa rakan kelas. Rakan sebelahku namanya Zulfikar. Aku bahasa kan dia 'zul'. Guru kelas pun masuk ke kelas.maka bermulalah sesi suai kenal dengan soalan yang biasa ditanya. Nama? Asal? Keputusan UPSR? Sekolah ku itu juga turut menyediakan asrama. Jadi bila tiba giliran ku meperkenalkan diri,
"saya Abdul Harith Iman bin Johari. Boleh panggil saya Harith. Asal dari Selangor"
semua terkejut yang aku bersal dari Selangor .
"Jauhnya. Kamu duduk asrama ke, Harith?" kata cikgu
" Tak la cikgu. Saya duduk rumah pak sedara saya, cikgu Hahsim " balas aku.
Setelah selesai sesi suai kenal. Zul betanya kepada ku, kenapa aku bersekolah disini bukan bersekolah di Selangor?
Jawapan ku ringkas
 "ntah , aku pun tak tau. Ibu aku suruh sekolah sini"
Yup . aku tahu memang jawapan yang diberi tidak dapat memuaskan hati zul .
Hari demi hari berlalu. Semakin ramai kawan yang aku dapat. Begitu juga dengan sekolah. Aku dapat mengenali struktur sekolah ku ini, mempunyai dewan yang besar dan kolam ikan. Berdasarkan apa yang dikatakan oleh pelajar tingkatan 3, atih adalah antara guru yang digeruni di sekolah, maklumlah dah nama pun ketua guru disiplin. malam tu , ibu menelefonku, pada saat tu ku merasa tesangat gembira sehingga terkata. Ibu bertanyakan khabar aku disini. "bagaimana dengan kehidupan baru aku?"tanya ibu. Ibu juga mengatakan bahawa ibu akan datang lubok china hujung minggu ni. Lagilah perasaan gembira aku membuak-buak seperti air yang kepanasan mendidih.
Kini hari yang dinanti-nantikan telah tiba. Dari pagi aku menunggu kedatangan ibu dan ayah. Lebih kurang dalam pukul 10.30 pagi, ibu dan ayah pun sampai. Tiada perkataan yang mampu ku ungkapkan utnuk mengambarkan perasaan gembira ku pada masa itu. Mungkin perasaan itu seolah-olah seorang banduan yang dilawati ahli keluarganya. Ibu juga menghadiahkan aku sebuku diari berwarna merah untuk aku mencoretkan segala kenangan aku disni. Namun kegembiraan itu tidak berkekal lama, ia terus hilang sebaik sahaja kerta ayah meninggalkan halaman rumah atih. Ia seperti pelangi yang indah yang hanya muncul seketika dan sekejap. Bermula dari malam itu, aku mula menulis semua perasaan ku, sipnosis seharian hidup ku dan harapanku pada hari yang akan dating. Sering kali juga aku menitiskan air mata ketika menulis diari keran tidak dapat menahan sebaknya keperitan hidup yang aku alami. Mungkin aku selalu diselubungi kesediahan, berat badan ku mula menurun. Yup, dulu aku gemuk, sekarang semakin kurus sedikit.
Mungkin menyedari aku hanya menumpang di rumah orang, aku turut menolong atih menguruskan kerja rumah seperti sapu sampah, basuh baju, lipat baju dan lain-lain. Aku juga turut memegang tugas untuk menutup tingkap setiap petang dan menyiram pokok bunga yang berada di sekliling halaman rumah. Tidak dilupakan juga, aku turut mengambil alih tugas memberi ayam dan itik makan di kebun yang berada di belakang rumah.


Nntikan sambungannya..

Sunday 4 October 2015

Mengisahkan kehidupan  seorang pemuda bernama iman yang penuh dengan berbagai- bagai liku kehidupan yang dialami dalam zaman remajanya. Hari-harinya dipenuhi dengan berbagai duka dan ujian... namun ketabahannya tidak pernah sekali luntur


Bab 1: permulaan



Jumaat petang. 3.30 .
Keluargaku  sampai di rumah pak sedaraku yang kami pangil pak tih . pak tih  adalah  seorang guru kemahiran hidup pilihan  pertanian  dan juga merupakan seorang ketua unit disiplin. Yup. Dia  begitu tegas dan rupanya seakan-akan tentera yang ingin berperang. Seperti yang aku tahu,  tujuan  kami sekeluarga ke situ adalah untuk mengahantar aku  ke rumah pak tih dan aku dibesarkan di situ.
Sebelum ini ,  ibu pernah  menyatakan hasratnya untuk menghantarku ke situ namun aku menolaknya dengan cara lembut
"iman tak nak la duduk ngan pak tih,  pak tih tu dah garang, ibu.."
Aku sedih seketika..
Namun ibu mengatakan , bahawa apa yang dia lakukan ini adalah untuk kebaikan aku pada masa depan. Mungkin aku tak dapat 'score' dalam UPSR.. dan aku hanya mendapat  3A 2B sahaja.. mungkin itu yang membuatkan ibu risau tentang masa depanku.. ayahku? Ayah hanya mampu mengiyakan sahaja apa keputusan yang di buat oleh ibu, walaupun berkali-kali aku merayu kepada ayah agar memujuk ibu supaya tidak menghantar aku ke sini.
Yup . keluarga pak tih memang terkenal dengan kecerdikkan anak-anaknya.. setakat ini ,kesemua anak-anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan besar   , sebagai contoh kesemua anak-anaknya mendapat 5A dalam UPSR dan 8A dan 9A tidak lari dalam keputusan PMR mereka.. mungkin adalah sebab utama ibu ingin menghantarku kesini agar aku mampu mengapai kejayaan seperti anak-anak pak tih. Pernah juga pada satu masa, aku merajuk dengan ibu hanya disebabkan perkara begini. Namun aku sebgai anak.. suka atau tidak.. aku terpaksa mengikut kehendak ibu bapa ku ..

Waktu petang pun  telah berlalu.. keluarga ku ingin pulang ke rumah. Setelah membawa turun beg dan barang-barang keperluanku,  keluargaku terus meningalkan kawasan perumahan pak tih. Pada hari itu, badan ku tidak bebrapa sihat, terasa seakan demam panas. Aku pergi berehat dan baring dia atas sofa di tingkat atas sambil menitiskan air mata kerana kesedihan berjauhan dengan ibu dan ayah. Dengan gaya kaki berlipat, aku melelapkan mata kerana tidak dapat menahan kesejukkan  yang menyelubungi ku.
7.30 pm
Aku dikejutkan oleh pak tih yang sedang menutup tingkap rumah limasnya. Yup . kedengaran suara yang begitu garang menyuruh aku mandi dan menunaikan solat maghrib. Walaubagaimanapun, demam ku bertambah panas selepas tidur tadi.  Melihat pergerakkan ku seperti unta yang kehausan air di pandang pasir yang terik, mak tih terus berkata
"ni sihat ke tak ni? Macam demam je"
Aku pun lantas menjawab dengan suara yang lemah "ya". Mak tih menyuruh  ku memakan ubat demam dan berehat  agar demam ku cepat surut. Mak tih juga merupakan seorang guru muzik di salah sebuah sekolah menegah di kawasan Alor Gajah, Melaka.
Aku lantas membuka beg baju ku dan mengambil tuala dan alat mandi ku dan terus membersihkan kan badan ku. Sambil mandi.. aku masih memikirkan nasib ku disini..
 apa yang bakal aku hadapi di sini?
 Bagaimana hendak aku menghadapi liku-liku kehidupan disini?
Selepas mandi. Aku menjamu selera yakni makan malam . fuhhh.. terasa 'awkward' juga apabila duduk semeja bersama anak-anaknya., dan terasa diriku seperti orang asing walaupun kami mempunyai hubungan pertalian sedara-mara.
Malam semakin gelap. Dan aku pun tidur di ruang tamu bersama anak anak lelaki nya di atas dua buah tilam besar.aku mengiring badan ku ke kanan dan kedudukan ku betul-betul berada di sebelah dan menghadap dinding. Seperti biasa kesejukan menemani malam ku , begitu juga dengan tangisan air mata yang keluar menitis perlahan-lahan dari mata ku sambil ku menyesali diriku.
"kenapalah aku tak  belajar elok-elok time UPSR..hmm. kalo tidak mesti aku tidak berada di sini sekarang"
Solan demi soalan bertubi-tubi  dan berlegar-legar di fikiran ku sehingga la aku melelapkan mata.
Keesokan paginya, speerti biasa aku bergerak mandi dan tubuh ku berasa segar sedikit dan demam ku beransur surut. Pagi tu juga aku baru mengemas 'unpack' beg baju yang  ku bawa. Sehelai demi sehelai baju ku cium harumannya. Ia  dapat mengingatkan ku pada rumah. Aku juga meninggalkan dua tiga baju di dalam beg itu agar haruman baju itu akan dapat ku cium apabila hati ini rindu  akan ibu dan ayah.
Pak tih memiliki rumah yang sangat besar . rumahnya seakan banglo dua tingkat luasnya malah lebih luas lagi dari tu.




Nnti kan smbungan nya........

Friday 2 October 2015

Hi guys ... Today i want to share on

''How to make a hologram using smartphone"


Watch video tutorial here https://youtu.be/eeiGqRsfRh4

This is my result










Gud luck!

#iman_apek_yo

Saturday 15 August 2015

A magic drawer

Hai.. I'm iman apek.. Today i want share something with u all... A simple one...
First u need is.... "Kotak minuman" 

Picture 1

2. Then cut it (as picture 2 showed)


Picture 2


 3. Next.. Take another box.. And cut like picture 3

Picture 3
 4. Then.. Just masukkan je... And design it to make it wonderful
Picture 4

Picture 5
#kreatif #inovatif #ciptaan #littleprof
Slamat mncuba... -iman_apek_yo-